Jumlah Pelawat Jurnal
e-ISSN : 2600-7509 JURNAL HAL EHWAL ISLAM DAN WARISAN SELANGOR

Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor adalah sebuah jurnal berwasit melalui kaedah peer reviewed journals berasaskan integrasi ilmu dalam disiplin pengajian Islam dengan ilmu kemanusiaan yang bersifat kontemporari. Jurnal ini diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember, oleh Pejabat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan Kerajaan Negeri Selangor.  Misi Jurnal ini ialah untuk memberi tumpuan kepada kajian dalam hal ehwal Islam dan warisan terutama yang berkaitan dengan Negeri Selangor. Objektif utama penerbitannya ialah untuk mewujudkan saluran kepada ahli akademik dan penyelidik untuk berkongsi dapatan kajian dan idea yang menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor khususnya dari segi teori dan amali.

 

Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor mengalu-alukan penulisan artikel dalam bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab antara 3000 – 5000 patah perkataan termasuk rujukan, rajah dan jadual. Skop jurnal ini meliputi hal ehwal Islam dan warisan Selangor dalam bidang Pendidikan, Perundangan dan kehakiman, Fatwa dan hukum, Pengurusan dan Pentadbiran Hal Ehwal Islam , Dakwah, Kekeluargaan, Politik dan Kepimpinan, Media dan Komunikasi, Muamalat dan Ekonomi, Sosial dan akhlak, Zakat dan Wakaf, Psikologi dan remaja, Industri Halal, Kesultanan, Kesenian dan budaya, Bahasa dan loghat, Adat Istiadat, Seni bina, Makanan, Pakaian, Etnik , Sejarah dan tokoh dan Kampung tradisi.

JURNAL HAL EHWAL ISLAM DAN WARISAN SELANGOR

Pelancaran Jurnal

Telah dilancarkan pada 19 Januari 2018 di Auditorium  Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa & KampungTradisi, Kerajaan Negeri Selangor.

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

EXCO TETAP HAL EHWAL AGAMA ISLAM, ADAT MELAYU & WARISAN, PEMBANGUNAN DESA DAN KAMPUNG TRADISI

PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR,

TINGKAT 2, BANGUNAN SSAAS,

40000 SHAH ALAM,

SELANGOR DARUL EHSAN

jurnalselangor@gmail.com

 

Hakcipta Terpelihara © KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

KERAJAAN NEGERI SELANGOR tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

© 2017 KERAJAAN NEGERI SELANGOR.  All Rights Reserved.