Jumlah Pelawat Jurnal
e-ISSN : 2600-7509 ISSN : 2600-920X JURNAL HAL EHWAL ISLAM DAN WARISAN SELANGOR

 

PENERBITAN ARTIKEL

NOMBOR SIRI : BIL.2 NO.1 2018

ANALISIS LAKUAN BAHASA TERHADAP TEKS KHUTBAH JUMAAT NEGERI SELANGOR

Lakuan bahasa ialah kajian tindakan-tindakan dalam komunikasi. Setiap ayat yang dituturkan mengandungi tindakan, seperti berjanji, menggesa, menasihati, menegaskan, melaporkan, menyimpulkan dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis lakuan bahasa terhadap teks khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Kajian ini menggunakan kerangka teori .... Abd Ganing Laengkang
ARTIKEL PENUH ABSTRAK

Diterbitkan : 30 Jun 2018

MODEL ANALISIS KEPERLUAN BAHASA ARAB UNTUK PELANCONGAN ISLAM

Kajian ini bertujuan untuk membina satu asas Model Analisis Keperluan Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam melalui Integrasi Naqli dan Aqli. Selain itu ia juga untuk mengimplementasikannya mengikut keutamaan di bandar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan para pelancong Arab. Sampel kajian terdiri daripada para pelancong Arab yang ditemui di sekitar bandaraya itu. Borang kaji selidik diberikan ..... Mohammad Najib Jaffar | Mohammad Imran Ahmad
ARTIKEL PENUH ABSTRAK

TAHAP KEAKTIFAN AKTIVITI  DAKWAH  REMAJA DI MASJID-MASJID  NEGERI SELANGOR: SATU TINJAUAN

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap keaktifan aktiviti dakwah dan jenis aktiviti yang digemari remaja di masjid seluruh Selangor. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan, data kuantitatif diperolehi melalui dua soal selidik, iaitu SS1 untuk ajk masjid dan SS2 untuk remaja. Seramai 370 orang ajk masjid (SS1) dan 380 remaja (SS2) telah dipilih sebagai peserta kajian..... Saharizah binti Mohamad Salleh | Abdul Munir bin Ismail
ARTIKEL PENUH ABSTRAK

PENGAJARAN YANG MENYUMBANG KEPADA PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SELANGOR

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan yang menyumbang kepada pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Kajian secara kualitatif di Negeri Selangor yang melibatkan temubual dan pemerhatian bersama dua guru pendidikan Islam. Penentuan tema telah ditetapkan adalah berdasarkan pengumpulan secara temu bual dan pemerhatian...... Mohd Syaubari Bin Othman | Ahmad Yunus Bin Kassim
ARTIKEL PENUH ABSTRAK

PENDIDIKAN BERSEPADU DI MAAHAD TAHFIZ SAINS NEGERI SELANGOR

Keperluan kepada sistem pendidikan yang berasaskan kepada kesepaduan ini mempunyai impak yang signifikan dalam membentuk perwatakan dan sahsiah murid ke arah memahami al-Quran seterusnya melahirkan generasi al-Quran. Generasi al-Quran yang dimaksudkan ini merupakan generasi yang faham agama dan tidak tenggelam dalam arus kemewahan ..... Zetty Nurzuliana Rashed | Ab. Halim Tamuri |Siti Suhaila Ihwani | Nor Saleha Mohd Salleh |
ARTIKEL PENUH ABSTRAK

AMALAN GURU HAFAZAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) ULUL ALBAB

Kajian ini bertujuan untuk menilai amalan guru hafazan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab (UA) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian ini melibatkan 62 orang guru yang terdiri dari MRSM Kota Putra, Gemenceh dan Kepala Batas. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang berdasarkan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dan kemudiannya ..... Mardhiah binti Yahaya | Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed
ARTIKEL PENUH ABSTRAK

PENYERAPAN ILMU DAN NILAI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAH CARA (PDPC) BAHASA MELAYU MEWUJUDKAN PENYATUPADUAN NASIONAL: PANDANGAN GURU DI NEGERI SELANGOR

Dalam usaha penyatupaduan nasional bahasa Melayu merupakan wahana yang penting dalam penyaluran ilmu dan nilai dari satu generasi ke generasi yang lain. Justeru itu, pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) bahasa Melayu tidak seharusnya hanya menitikberatkan penguasaan sistem bahasa dan kemahiran bahasa sebaliknya menyuburkan tradisi pemikiran dan budaya ilmu di sekolah dengan .... Mohd Khaidir bin Abdul Wahab
ARTIKEL PENUH ABSTRAK

CIRI-CIRI WASAṬIYYYAH DAKWAH

Dakwah Islamiah ialah milik semua manusia tanpa mengira status dan kedudukan mereka. Setiap orang mampu bersama dengan dakwah dalam apa jua keadaan. Oleh itu, dalam memastikan pelaksanaan Islam direalisasikan dalam kehidupan, maka penumpuan kepada wasatiyyah dakwah mesti dilakukan. Namun demikian, terdapat sesetengah kalangan masyarakat yang menafikan ...... Mohamad Zulkifli Abdul Ghani | Zulkefli Aini
ARTIKEL PENUH ABSTRAK

PERSEPSI MASYARAKAT ORANG ASLI  TERHADAP ISLAM DI KAMPUNG GENTING PERAS, HULU LANGAT, SELANGOR

Usaha mendekati golongan orang Asli dilaksanakan oleh pelbagai institusi dalam usaha menyampaikan seruan Islam. Adalah dilihat kajian perlu dilakukan bagi melihat apakah persepsi mereka terhadap Islam setelah usaha penyampaian dakwah tersebut dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, artikel ini mengemukakan hasil kajian berkaitan persepsi masyarakat Orang Asli terhadap Islam di Kampung Genting Peras....... Che Nur Hasanah Che Hussian | Mariam Abd. Majid| Muhammad Yusuf Marlon Abdullah
ARTIKEL PENUH ABSTRAK

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR,

TINGKAT 5, BANGUNAN SSAAS,

40000 SHAH ALAM,

SELANGOR DARUL EHSAN

jurnalselangor@gmail.com

 

Hakcipta Terpelihara © KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

KERAJAAN NEGERI SELANGOR tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

© 2017 KERAJAAN NEGERI SELANGOR.  All Rights Reserved.